Blogger Layouts

Monday, November 22, 2010

16 March 2010

Hari ini merupakan hari jadi aku yang ke23thn...aku sungguh happy dan bahagia sebab hari ni la first time aku sambut birthday..kawan kelas aku buat kad ucapan serta dengan tanda tangan dan berikan pada aku siap liminit lagi....aku sungguh terharu dengan mereka..masa majlis makan malam kelas..mereka buat surprise untuk aku dan suhud sebab kami beza satu hari je lahir.habis aku dan suhud kena SURPRISE oleh kawan2 kelas..tepung,air kotor dan kek...sampai baju jadi keras spt tepung..hahah...masa kul 12 mlm first time ada org call aku selama 30minit untuk wish birthday..bestnya..hahah...siapa dia..biarlah rahsia..hahha..TQ siti raudah kerana buat kan kad ucapan dan kawan2 lain yang mengambik kesempatan mengenakan aku..haha...kawan2 kelas terbaik la...=)

Wednesday, November 17, 2010

Kem Rakan Muda

First time aku pergi Kem Rakan Muda di Akademik Belia Negara di Tronoh, Perak pada bulan 12 tahun 2008.. aku pergi dgn fitri dan azza..aku duk sana selama 3 hari 2 malam..best juga pergi sana dapat pengalaman dan kawan2 baru dari seluruh daerah manjung...banyak aktiviti yang dijalankan masa kem tersebut seperti berkawad,jogging,buat persembahan,senam arobik dan denda bangun lambat..hahha...aku,fit,azza dan ada seorang mamat duk satu bilik..aku ingat lagi kami berempat tdak bangun satu pagi tu dan disebabkan kami tidak turun padang semua pelajar kena denda dan marah oleh warden kem tersebut..dan sewaktu perjumpaan untuk acara penutupan program warden tersebut perli kami berempat dan kami hanya gelak je dan semua orang tumpu pada kami..sewaktu ceramah pun semua tumpu pada kami sebab kami main game bingo dalam ceramah tersebut..maklum la bosan dengar ceramah tentang keselamatan..hahha...di sana kami berempat kenal girl dari pangkor iaitu Nor Hammira dan elisa..mereka memnag sporting..alhamdulillah sampai hari ni kami masih contact mereka...hihii..harap akan kekal contact 4ever..tu je la cerita tentang kem... =)

UiTM Shah Alam, Selangor

Alhamdulillah aku dapat sambung ijazah pada 1.7.2009 di UiTM Shah Alam kos Ukur Bahan...seramai 230 orang kawan2 aku dari perak dan sarawak dapat sambung...jadi sewaktu di sini kami dah kenal masing2..jadi takde la malu2 sbb semua dah kenal..hihi...aku dapat masuk kelas B...dalam kelas ni aku sekali lain kena lantik sbg classrep walaupun aku reject...tapi atas sebab semua sokong aku..aku jadi classrep dgn seikhlas hati aku...walaupun ada yang megata aku...hahah...alhamdulillah skrg dah tggl satu semester je lagi untuk aku menggenggam segulung ijazah...insyaAllah bulan 5 tahun2011 aku dan kawan2 akan lulus...doakan kami semua..di sini aku semakin rapat dgn kawan2 diploma dulu dan aku semakin kenal ramai kawan diploma dgn lebih rapat dan mesra..hihii...aku happy ada kawan2 yang sekepala dgn aku dan macam2..hihihi...Izam,Ag, Naeh,Fikrie,Din,Fathill,Raudah,Bibi.yana,ika,huda,ika,dayah,alin,yati dan kawan2 kelas B(maaf xdapat nak tulis semua nama sebab ramai sgt 30org) dan ramai lagi..mereka semua happening...aku harap hubungan kami semua akan kekal selama2nya walaupun dah habis stdy nanti....hihi..semoga kita dapat genggam segulung ijazah tahun depan...amin... =)

UiTM Seri Iskandar,Perak

aku melanjutkan pelajaran aku diploma ukur bahan (QS) di UiTM seri iskandar pada bulan 12 tahun 2005...aku rasa sungguh happy dan x caye y aku dapat juga masuk Universiti...alhamdulillah...aku duk kat sini selama 3tahun setengah sebab aku kena extend 1 semester sbb aku banyak main..hihih..maklum la semester satu masuk tak tahu apa2 tentang construction jadii kena la extend..hihih...di sini aku dapat kawan2 dari seluruh malaysia..mereka sungguh baik..sentiasa memberi aku nasihat dan tunjuk ajar apa  benda y aku x faham..lecture pun semua baik2...di sini aku kena jadi ketua kelas atau class rep selama 3semester...part3,4 dan 6..part5 tak kerana aku g praktikal kat Anjung Emas Sdn Bhd ipoh selama 6 bulan..kat sini aku jumpa pelbagai karenah kawan2...jadi nak sebut nama kawan semua xleh la...sbb rami sgt hapir 300org semua nya ..sebab semua part aku dan part junior aku..aku kenal...aku kat sini ada nama panggilan baru iaitu EXPERT sebab nama aku Mahir..jadi sebab tu smeua kawan kos aku mereka kenal aku..haha...aku rasa happy sgt dgn mereka...sama part aku Azizul,Yualif,Haidi,Afro,Neesa,rai,kawan2 kelas A walaupun satu semester je dgn mereka..mereka sggh baik dgn aku sapai skrg...hihi...kawan junior aku lak masa diploma ialah Hairulezam,ALizaini,manjung,izzul,din,fathil,bob,fikri,ag,naeh,ika,raudah,semua kelas A dan lain2...hihi..mereka memang best...sentiasa tolong aku sewaktu aku jadi classrep...hihi....sekarang kami semua berjaya sambung stdy peringkat ijazah bersama...thanks u all... =)

SMK Ambrose, Ayer Tawar,Perak

Pada tahun 2003 aku form 4..aku telah pindah sekolah dari Methodist ke Ambrose..aku tukar sekolah sebab anak duk dekat dengan rumah supaya dapat jimat duit tambang bus sekolah..alasan yang bagus..hihii..Aku belajar di sekolah ni selama 2tahun setengah iaitu form 4,form5 dan lower 6(form6) selama 6bulan je..aku seronok di skeolah ni...aku dapat kawan2 yang baik spt aku masa di Methodist..aku masa form 4 n 5 ni aku ambik kelas Akaun...kerana aku memang suka kira2...dapat kelas tersebut aku jadi ketua kelas selama dua tahun..hihi...di ambrose semua guru kenal aku kerana abah aku menjadi guru di sini..jadi apa yang aku buat mesti mereka akan bgtau abah aku..jadi xleh la aku nakal2..haha...kawan2 aku di ambrose Latip,erwin,azmi,mira, wani,ana,eikin,ikin,malik,abu,salbiah,mulidah,fadli,gokilavani,kuven,giri dan ramai lagi...nak tulis semua nanti panjang lak post ni..hihi..mereka semua baik dan happening...aku seronok ada kawan mcm mereka semua...harap kta dapat buat reunion nanti..leh chating lama2..hihihi....hope kita semua jadi orang yang berjaya masa depan nanti.. =)

SK Methodist dan SMK Methodist Ayer Tawar, Perak

Aku belajar dekat Methodist selama 10 tahun...1tahun tadika,6tahun sekolah rendah dan 3tahun sekolah menengah...aku dapat ramai kawan yang best2...sekepala dgn aku dan baik2...hihihi...kawan baik aku Fitri,Zarul,Mior,Piravind,Sinu,Loi Heng chang,Lim lim zhou,Jenan,Hazirah,Munirah,Surianti,Shahnaz,Amirul, Hamdan Isa,Hamdan Hamidon dan ramai lagi...kami selalu main sama2 masa sekolah setiap kat rehat dan skrg kami mebawa hala tuju masing2 untuk masa depan masing2..tapi kami semua masin contact satu sama lain dan akan berjumpa stp kali kami semua cuti...Alhamdulillah semua skrg dah berjaya dan mempuyai pendidikan yang tggi...nanti kita lepak2 lagi kalau cuti..hahaha... =)

Keluarga Tercinta dan Tersayang...

Salam...Alhamdulillah dapat juga aku buat blog...ni pun nasib baik tengah cuti..hihhi...Cerita pertama ni mesti la cerita tentang family aku kan kerana family aku la orang yang betul2 aku sayang sejak aku lahir dan sampai akhir hayat aku..Family aku semua sekali ada 8orang termasuk seorang kak ipar..Adik beradik aku semua lelaki..
Mak dan abah aku seorang pesara guru....Mak dan abah aku ni sentiasa utamakan pendidikan untuk anak2 dia dan seorang yang penyayang...Mak dan Abah aku juga pandai masak dan rajin..hihihi...setiap kali kami adik beradik ada mak dan abh mesti masak tomyam dan rendang ayam..sebbab tu masakan yang kami sangat suka sejak kecik lagi..hihihii...alhamdulillah..mak dan abah aku berjaya mendidik kami berlima menjadi seorang yang berguna..dapat pendidikan yang tinggi...supaya masa depan kami terjamin.. =)
cerita tentang abg2 dan adik aku pulak..abg pertama aku Zul Ikhlas..dia sekarang bekerja sebagai guru di SMK pangkor..dia sudah berkawin dan mempunyai seorang anak berusia 4tahun...baik kerana suka belanja kami makan..hahah...isteri dia juga seorang guru di ayer tawar...abg kedua aku Zul Hakim seorang guru juga di MRSM Lenggong...dia pun sanagt baik..selalu belanja aku dan adik aku tengok wayang dan shopping baju..hihi...maklum la dah kerja dan masih single..hahah...kl dia dah kawin tak dapat la pow dia lagi..abg ketiga aku Zul Afham..skrg masih belajar lagi di UPM belajar kos ijazah kejuruteraan awam...tggl satu smster je lagi nak habis...seorang yang aktif dalam sukan bola sepak..hihi..yang keempat ialah aku...skrg belajar di uitm shah alam..kos ijazah ukur bahan...tggal 1 semester je untuk dapat ijazah....aku suka main games dan aktifjuga main bola dgn kawan2 sekolah sms cuti di umah..last sekali adik aku Zul Zarif..skrg belajar di UTP kos ijazah elektrik dan elektronik...smester akhir...bakal tamat akhir tahun ni...suka  baca komik...sekian sahaj tentang family aku...lain kali aku cerita lagi tentang family aku...sekian...thanks keran membaca.. =)