Blogger Layouts

Tuesday, February 15, 2011

Assignment, Dissertation dan Applied Studies

Hai..bertemu kembali di Blog Mahir pada hari ni kerana aku memang takde kuliah setiap hari rabu...hahaha...kesian kawan2 aku kena pergi kuliah hari ni...study rajin2...kali ni aku nak menceritakan tentang assignment, dissertation dan applied studies aku sepanjang 2bulan semester ni..
Alhamdulillah bersyukur pada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, aku dan ahli kumpulan aku berjaya menyiapkan assignment Ekonomi dan Construction Technology..Terima kasih aku ucapkan kepada ahli kumpulan aku Aszuraizi, Raudah, Naiff dan Hairulezam kerana banyak menolong aku dalam menyiapkan tugasan bersama walaupun aku selalu main2 dan gurau2 masa buat kerja..haha...aku dah submit kat bilik lecture pagi tadi..hihi..lepas ni tak perlu fokus assignment sudah...yes...
Dissertation merupakan tugasan yang paling mencabar semester ni...Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan segala data analysis yang diperlukan untuk mencapai objektif dissertation aku..tinggal 3minggu sahaja untuk aku menyiapkan dissertation aku..(pening...ada lagi 2 chapter setengah lum siap...)...harap2 minggu ini dapat siapkan chapter 4 kerana Mama(Pm Hasmawati) sudah mula telefon tanyakan chapter 4(data analysis) aku..haha...nasib baik dapat mama yang penyayang ni..selalu tanyakan anak2 dia..sayang mama..hihii.. =)
Applied studies,,.banyak juga kerja nak kena buat ni..maklum la sudah dilantik jadi ketua ni..banyak tanggungjawab..haha...70% tugasan untuk TASK 1 sudah siap...tinggal 30% je lagi...harap2 dapat siapkan sebelum hari isnin ni keran hari isnin ni kena submit...kalau tak jatuh reputasi aku sebagai ketua..haha...kawan2 kumpulan..jom kita buat bagi siap dan bagi gempak sikit dengangroup2 lain tu..hahaha...
Itu sahaja cerita aku untuk kali ni...jumpa lagi sebulan akan datang kot..tapi sebelum tu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 kerana mengajar aku untuk mengemaskini dan menampal apa2 yang kosong dalam blog aku..terutama kepada Azila, Atika, Alin, Afiza(Jah), Adawiyah(RAR) dan izam...TQ so much..jasa mu akan terkenang dalam blog ni..tapi pelik kenapa semua mula huruf A je ni..haha...tata...assalamualaikum...peace..smile.. =p

Monday, January 31, 2011

Tahun 2011

Salam..Tahun ni merupakan tahun terakhir aku menjadi seorang pelajar di UiTM selepas 5 tahun belajar di UiTM...aku berharap aku dan kawan2 aku dapat habiskan degree pada bulan 5 tahun ni..Amin...5bulan ni la masa untuk aku perlu menghabiskan masa bersama kawan2 dan mempelajari apa itu QS...Semester ini juga la aku dan kawan2 mempunyai tugasan berat sebelum menjadi seorang mahasiswa/siswi UiTM yang ada segulung ijazah kerana kami kena buat Thesis, Applied Studies, Assignment Economic, Assignment Construction Technology dan Assignment Professional Practice..kami berdoa supaya Allah SWT memudahkan dan membuka hati kami untuk menyiapkan tugasan2 berat ni pada masa yang ditetapkan supaya dapat keputusan yang cemerlang masa result keluar nanti..apa lagi erk...nanti2 la post lagi blog..haha..layan..

Monday, November 22, 2010

16 March 2010

Hari ini merupakan hari jadi aku yang ke23thn...aku sungguh happy dan bahagia sebab hari ni la first time aku sambut birthday..kawan kelas aku buat kad ucapan serta dengan tanda tangan dan berikan pada aku siap liminit lagi....aku sungguh terharu dengan mereka..masa majlis makan malam kelas..mereka buat surprise untuk aku dan suhud sebab kami beza satu hari je lahir.habis aku dan suhud kena SURPRISE oleh kawan2 kelas..tepung,air kotor dan kek...sampai baju jadi keras spt tepung..hahah...masa kul 12 mlm first time ada org call aku selama 30minit untuk wish birthday..bestnya..hahah...siapa dia..biarlah rahsia..hahha..TQ siti raudah kerana buat kan kad ucapan dan kawan2 lain yang mengambik kesempatan mengenakan aku..haha...kawan2 kelas terbaik la...=)

Wednesday, November 17, 2010

Kem Rakan Muda

First time aku pergi Kem Rakan Muda di Akademik Belia Negara di Tronoh, Perak pada bulan 12 tahun 2008.. aku pergi dgn fitri dan azza..aku duk sana selama 3 hari 2 malam..best juga pergi sana dapat pengalaman dan kawan2 baru dari seluruh daerah manjung...banyak aktiviti yang dijalankan masa kem tersebut seperti berkawad,jogging,buat persembahan,senam arobik dan denda bangun lambat..hahha...aku,fit,azza dan ada seorang mamat duk satu bilik..aku ingat lagi kami berempat tdak bangun satu pagi tu dan disebabkan kami tidak turun padang semua pelajar kena denda dan marah oleh warden kem tersebut..dan sewaktu perjumpaan untuk acara penutupan program warden tersebut perli kami berempat dan kami hanya gelak je dan semua orang tumpu pada kami..sewaktu ceramah pun semua tumpu pada kami sebab kami main game bingo dalam ceramah tersebut..maklum la bosan dengar ceramah tentang keselamatan..hahha...di sana kami berempat kenal girl dari pangkor iaitu Nor Hammira dan elisa..mereka memnag sporting..alhamdulillah sampai hari ni kami masih contact mereka...hihii..harap akan kekal contact 4ever..tu je la cerita tentang kem... =)

UiTM Shah Alam, Selangor

Alhamdulillah aku dapat sambung ijazah pada 1.7.2009 di UiTM Shah Alam kos Ukur Bahan...seramai 230 orang kawan2 aku dari perak dan sarawak dapat sambung...jadi sewaktu di sini kami dah kenal masing2..jadi takde la malu2 sbb semua dah kenal..hihi...aku dapat masuk kelas B...dalam kelas ni aku sekali lain kena lantik sbg classrep walaupun aku reject...tapi atas sebab semua sokong aku..aku jadi classrep dgn seikhlas hati aku...walaupun ada yang megata aku...hahah...alhamdulillah skrg dah tggl satu semester je lagi untuk aku menggenggam segulung ijazah...insyaAllah bulan 5 tahun2011 aku dan kawan2 akan lulus...doakan kami semua..di sini aku semakin rapat dgn kawan2 diploma dulu dan aku semakin kenal ramai kawan diploma dgn lebih rapat dan mesra..hihii...aku happy ada kawan2 yang sekepala dgn aku dan macam2..hihihi...Izam,Ag, Naeh,Fikrie,Din,Fathill,Raudah,Bibi.yana,ika,huda,ika,dayah,alin,yati dan kawan2 kelas B(maaf xdapat nak tulis semua nama sebab ramai sgt 30org) dan ramai lagi..mereka semua happening...aku harap hubungan kami semua akan kekal selama2nya walaupun dah habis stdy nanti....hihi..semoga kita dapat genggam segulung ijazah tahun depan...amin... =)